Friday, 12 December 2014

Benarkah Jesus (Nabi Isa a.s) itu Tuhan?
(Ahmed Deedat VS Paderi Dr. Anis Shorrosh)

E-Book Transkrip Debat Ahmed Deedat
Terjemahan Bahasa Melayu
Hanya RM10.00
Klik butang 'Buy Now' di sebelah untuk membeli >>


Benarkah Jesus (Nabi Isa a.s) telah Disalib?
(Ahmed Deedat VS Mubaligh Kristian Josh McDowell)

E-Book Transkrip Debat Ahmed Deedat
Terjemahan Bahasa Melayu
Hanya RM10.00
Klik butang 'Buy Now' di sebelah untuk membeli >>

Adakah Bible itu Firman Tuhan?
(Ahmed Deedat VS Paderi Jimmy Swaggart)

E-Book Transkrip Debat Ahmed Deedat
Terjemahan Bahasa Melayu
Hanya RM10.00
Klik butang 'Buy Now' di sebelah untuk membeli >>


Penyaliban Jesus (Nabi Isa a.s) - Fakta atau Fiksyen?
(Ahmed Deedat VS Paderi Dr, Anis Shorrosh)

E-Book Transkrip Debat Ahmed Deedat
Terjemahan Bahasa Melayu
Hanya RM10.00
Klik butang 'Buy Now' di sebelah untuk membeli >>





PERJALANAN HIDUP  SHEIKH AHMED DEEDAT

Sheikh Ahmed Hoosen Deedat Al-Hafiz adalah seorang cendekiawan Islam terkemuka dunia dalam bidang perbandingan agama (comparative religion). Beliau merupakan seorang yang berkarisma dan pemidato yang hebat khususnya tentang masalah perihal keagamaan Islam bersama agama-agama lain. Sheikh Ahmed Deedat dilahirkan pada 1 Julai 1918 di daerah Surat, India. Di sana beliau tidak mendapat pendidikan yang formal sehingga berumur 9 tahun.


 Disebabkan kemiskinan yang menghimpit, pada tahun 1927 beliau terpaksa berhijrah ke Afrika Selatan mengikuti ayahnya demi kehidupan yang lebih baik. Beliau berpisah dengan ibunya di India yang meninggal dunia beberapa bulan kemudian setelah penghijrahannya. Di negeri asing, beliau bertungkus-lumus mengatasi masalah bahasa di samping minatnya yang mendalam dalam pembacaan hingga menyebabkan beliau cemerlang dalam pembelajarannya. Kekurangan biaya menyebabkan persekolahannya tertunda dan seawal usia 16 tahun buat pertama kalinya beliau bekerja di dalam bidang runcit.

Pada tahun 1936 sewaktu beliau bekerja di kedai Muslim berdekatan dengan sebuah sekolah menengah Kristian di pantai selatan Natal, terdapat penghinaan yang terus-menerus dari siswa mubaligh Kristian menentang Islam pada setiap kali kunjungan mereka ke kedai itu. Perkara itu telah menanamkan semangat keinginan yang membara dalam dirinya untuk menghentikan propaganda Kristian yang salah itu. Ahmed Deedat berjaya menemui sebuah buku berjudul 'Izharul-Haq' yang bermaksud 'Mengungkapkan Kebenaran'. Buku ini berisi teknik-teknik dan usaha umat Islam di India dalam membalas gangguan mubaligh Kristian selama penaklukan Inggeris dan pemerintahan India.
Beberapa minggu setelah itu, Ahmed Deedat membeli Bible pertamanya dan mula melakukan debat dan perbincangan dengan siswa-siswa mubaligh. Ketika siswa-siswa mubaligh tersebut mundur dalam menghadapi sanggahan Ahmed Deedat, beliau secara peribadi telah memanggil guru mereka untuk berdebat dengannya, bahkan pendeta-pendeta Kristian di daerah tersebut juga turut diajak berdebat dengannya.

Kejayaan demi kejayaan hasil dari debat-debat itu telah menyuntik semangat Ahmed Deedat untuk berdakwah. Walaupun dalam mengharungi alam perkahwinan, kelahiran anak dan persinggahannya selama tiga tahun ke Pakistan sesudah kemerdekaannya tidak melunturkan keinginannya untuk terus membela Islam dari penyimpangan-penyimpangan yang memperdayakan hasil dari usaha para mubaligh Kristian yang tidak bertanggungjawab.

Dengan semangat dan usaha yang gigih untuk menyebarkan agama Islam, Ahmed Deedat telah mengetengahkan dirinya dalam kegiatan dakwah di mana beliau memimpin kelas bagi matapelajaran Bible dan memberi beberapa kuliah agama. Beliau mendirikan 'As-Salaam', sebuah institut untuk melatih para pendakwah Islam. Ahmed Deedat, bersama-sama dengan keluarganya, hampir seorang diri mendirikan bangunan-bangunan termasuk Masjid yang masih dikenali sehingga kini.

Ahmed Deedat adalah ahli yang paling awal menganggotai Islamic Propagation Centre International (IPCI) dan menjadi Presidennya, jawatan yang dipegangnya sehingga tahun 1996. Beliau telah menerbitkan lebih dari 20 buku dan menyebarkan berjuta-juta salinan secara percuma. Ahmed Deedat mengirim beribu-ribu bahan kuliah ke seluruh dunia dan berdebat dengan paderi-paderi Kristian pada debat umum. Beribu-ribu orang telah memeluk Islam dengan rahmat Allah s.w.t serta hasil usahanya yang tidak pernah mengenal erti penat lelah.

Sebagai penghargaan untuk hasil titik peluhnya yang mencatat sejarah itu, beliau telah dianugerahkan penghargaaan antarabangsa dari Raja Faisal pada tahun 1986. Penghargaan yang amat disegani dalam dunia Islam.

No comments:

Post a Comment